|
Khamis, 18 Jun 2009 10:13 |
|
Penubuhan sebuah pusat pembangunan gender bagi Negara-negara Anggota NAM adalah hasil cadangan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam ucaptama beliau semasa merasmikan Mesyuarat Peringkat Menteri-menteri Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mengenai pemerkasaan wanita pada tahun 2005. Bagi merealisasikan visi tersebut, Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Julai 2006 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, Malaysia. NIEW telah menganjurkan pelbagai program pembangunan kapasiti untuk Negara-negara anggota NAM dalam bidang-bidang telah dikenalpasti penting untuk pengupayaan wanita seperti Wanita dalam Politik dan Ekonomi, Wanita dalam Pendidikan dan ICT, Wanita dalam Kesihatan dan Anti-Keganasan Terhadap Wanita.
|
|
Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 30 Oktober 2009 09:22 |