Apakah NIEW?
NIEW merujuk kepada Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali. Ia adalah institusi pengajian antarabangsa khusus untuk memajukan dan memperkasa wanita melalui latihan dan pembangunan kapasiti. NIEW ditubuhkan secara rasmi pada 1 Julai 2006 di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
NIEW bertidak sebagai sebuah institut antarabangsa khusus untuk pembangunan dan memperkasakan wanita selain daripada menjadi pusat tumpuan untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan Negara-negara anggota NAM serta negara-negara lain dalam pembangunan dan memperkasakan gender.
Apakah NAM?
NAM adalah sebuah organisasi antarabangsa yang terdiri daripada 120 negara (lihat lampiran) yang menganggap diri mereka tidak secara rasmi sejajar dengan atau terhadap mana-mana blok utama.
Apakah jenis-jenis program yang ditawarkan oleh NIEW?
Terdapat tiga jenis program yang ditawarkan oleh NIEW. Fokus utama NIEW ialah mengadakan satu kursus seminggu di bidang kritikal seperti Wanita dalam Politik dan Ekonomi, ICT dan Pendidikan, Kesihatan dan Keganasan Terhadap Wanita yang dikenal pasti dalam Deklarasi Putrajaya dan Program Tindakan.
Persidangan dan seminar akan diadakan pada setiap tahun seperti yang ditetapkan. Bagi penyelidikan dan penerbitan, ini akan dijalankan serentak dengan persidangan mengikut prosedur yang ditetapkan. Pada masa yang sama, penerbitan berkala yang diterbitkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga disebarkan melalui alam maya seperti laman sesawang atau dalam bentuk bertulis.
Info terkini mengenai program kami boleh diakses melalui laman sesawang kami di www.niew.gov.my.
Bagaimana saya boleh memohon untuk kursus?
NIEW akan menghantar jemputan ke semua Negara-negara anggota NAM melalui kedutaan mereka di Malaysia untuk mencalonkan peserta untuk kursus. Semua borang yang lengkap hendaklah diserahkan kepada NIEW sebelum tarikh tutup seperti yang ditetapkan bagi setiap kursus.
Permohonan itu boleh dibuat secara atas talian?
Ya! Hantar emel kepada kami disertakan dengan borang permohonan anda yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami.
Bolehkah saya memohon menggunakan borang fotokopi?
Permohonan menggunakan borang fotokopi diterima selagi maklumat yang diberikan memenuhi terma dan syarat penganjur.
Apakah tempoh kursus NIEW?
Tempoh kursus bergantung kepada jenis kursus terpilih, terdiri dari 3 hari hingga seminggu.
Siapakah yang boleh memohon untuk latihan dan kursus dalam NIEW?
NIEW ditubuhkan untuk menyediakan latihan dan kursus-kursus untuk pegawai-pegawai kerajaan, NGO, wakil sektor swasta, institusi berkaitan dan individu dari Malaysia serta dari Negara-negara anggota NAM.
Berapa banyak peserta perlu bayar?
Pada asasnya semua perbelanjaan (kecuali tiket penerbangan) akan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia, tetapi kami mengalu-alukan sumbangan dari Negara-negara anggota NAM, terutama dari segi sumber dan kepakaran
Siapakah sumber tenaga pengajar bagi kursus yang dijalankan oleh NIEW?
Secara umumnya, NIEW menjemput pakar-pakar tempatan dan asing untuk menjadi sumber tenaga pengajar bagi kursus-kursus yang dijalankan oleh NIEW, dan pada masa yang sama membina keupayaan dan kepakaran sendiri untuk mencapai matlamat jangka panjang menjadi pusat rujukan dalam memajukan dan memperkasakan wanita.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kursus NIEW, sila hubungi kepada yang berikut:
Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW)
Blok E, Tingkat 5
Kompleks Kerajaan Bukit Perdana
Jalan Dato 'Onn
50515, Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 603 - 2691 2586
Fax: 603-2691 0344 (Pentadbiran) / 0340 (Pengarah)
Laman web: www.niew.gov.com
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Waktu pejabat: Isnin-Jumaat ( Jam 0800 - 1730)
Terakhir dikemaskini pada Khamis, 11 April 2013 15:12



